Selepas Rancangan KES di TV3 malam tadi,
serta merta nama Mona Fandey kembali menjadi sebutan...
Mungkin, ramai yang sudah lupa malah tidak tahu siapakah itu Mona Fandey
Terutamanya generasi masa sekarang...
Kes pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Mona Fandey, suaminya, dan juga pembantunya adalah Kes Pembunuhan Paling Kejam yang pernah berlaku terhadap ahli politik di Malaysia!
Maznah Ismail ( 1956 - 2 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey adalah seorang penyanyi dan juga bomoh yang berasal daripada Perlis.
Beliau pernah menerbitkan sebuah album yang bertajuk Diana 1 pada tahun 1987 namun tidak begitu mendapat sambutan.
Seram lak aku nak letak video tu kat blog.
Album Mona Fandey- Diana 1
Albumnya hanya meletup setelah Mona Fandey menjadi perhatian ramai dengan kes2 kontroversinya.
Pada tahun 1991, beliau menggemparkan dunia seni tanah air apabila beliau didakwa mempunyai pulau persendirian di selatan Thailand.
Beliau dan suaminya, menjadi artis pertama Malaysia yang memliki sebuah pulau persendirian seluas 4800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.
Mereka juga didakwa membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket, dan Pattaya dengan harga RM 5. 8 Juta pada 1990.
Juga, mereka gemar mengumpul kereta sehingga memiliki 5 BMW, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.
Kisah ngeri ini bermula apabila berita kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris pada tahun Julai 1993.
Rupanya2, allahyarham telah dibunuh dengan kejam oleh Mona, Affandey dan juga Juraimi sewaktu upacara mandi bunga yang dilakukan oleh mangsa secara berbaring di bilik air sebuah ruamh yang tidak bernombor di Raub, Pahang..
Khabarnya, upacara mandi bunga itu dilakukan bagi meningkatkan lagi kekebalan dan pengaruh mangsa dalam bidang politik.
Kepala mangsa telah ditetak sebanyak 3 kali sehingga putus
dan anggota badan mangsa pula dipotong kepada 18 bahagian!
Semuanya ditanam di dalam lubang yang telah digali sedalam 1.8 meter!
Semuanya ditanam di dalam lubang yang telah digali sedalam 1.8 meter!
Selain cara pembunuhan yang begitu kejam, kes ini menjadi tumpuan hangat kerana ini adalah kes terakhir yang menggunakan khidmat juri dalam perbicaraan.
Sewaktu perbicaraan, ketiga2 suspek kelihatan begitu tenang dan selalu berjenaka kepada wartawan2
Tumpuan pastinya kepada Mona Fandey kerana cara berpakaian beliau yang sangat menarik dan ranggi ketika menghadiri perbicaraan..
Antara penampilan Mona Fandey sewaktu perbicaraan
Berikut adalah lakaran songkok dan tongkat sakti milik Datuk Mazlan yang didakwa boleh menjadikannya kebal, kalis peluru, kaca dan juga sakti.
Songkok dan tongkak sakti tersebut hendaklah dipakai bersama2 pengguna bagi mendapat kesaktiannya itu.
Malangnya, pada malam tersebut, songkok dan tongkat sakti tersebut tidak berada di tangan mangsa.
Dan itu memudahkan lagi kerja suspek untuk membunuh mangsa.
Juraimi - Pembantu & anak angkat Mona dan Affandey
Sewaktu perbicaraan, terdapat sedikit percanggahan maklumat di antara Mona dan Affandey, dengan Juraimi.
Juraimi mendakwa mereka bertiga sudah bersepakat untuk membunuh Datuk Mazlan dan menetak lehernya apabila mendapat arahan daripada Mona dan Affandey.
Namun, Mona dan Affandey pula mendakwa Juraimi hilang pedoman dan menetak kepala Datuk Mazlan sebanyak 3 kali sehingga putus.
Akhirnya, Mahkamah Tinggi Temerloh telah menjatukan hukuman gantung sampai mati kepada ketiga2 suspek kerana berniat dan melakukan pembunuhan.
Semuanya kerana wang ringgit dan harta...
Pada subuh 2 November 2001, Mona, Affandi, dan Juraimi telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan.
Jenazah Mona dan Affandi dikebumikan bersebelahan di Kajang dan Juraimi pula dikebumikan di kampungnya di Pelabuhan Klang, Selangor.
Adehhh, kisah pembunuhan ngeri ini sampai sekarang tak boleh nak diterima dek akal..
Terlalu seram woo....
Aku duk tulis pasal ni pun asyik duk toleh belakang je.. Seyes cuak!
Ada jugak yang mengatakan, pada saat2 akhir kematiannya,
Mona Fandey mengucapkan, " Aku Takkan Mati!" sebelum beliau menjalani hukuman gantung itu.
Wallahhualam...
Nak tau lagi, sila baca di kisah penuhnya di sini - Masih ingat Mona Fandey?
Sebuah filem yang bertajuk, Dukun pernah diterbitkan pada tahun 2006 yang menceritakan kembali tentang kes pembunuhan oleh Mona Fandey ini
Namun, sehingga kini penayangan filem tersebut tidak dibenarkan atas sebab2 tertentu...
Nah, layan sikit trailer filem Dukun ni...
Watak Mona Fandey itu dilakonkan oleh Umie Aida...
Kita tiada hak untuk memberi penghakiman terhadap mereka.
Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan apa yang telah terjadi...
p/s: Amacam? Cuak tak?
No comments:
Post a Comment