Saturday, October 23, 2010

Biar Miskin Harta Jangan Miskin Jiwa

Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokkan dengan kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan , sekalipun seringkali mengecapi keseronokkan.Begitu ramai penghibur bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakkan gembira apabila melihat pertunjukkanya tapi diri dia sendiri tidak bahagia.Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan.

Sesungguhnya keseronokkan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Sesiapa yang kita lihat Allah swt tidak merezekikan kepadanya keseronokkan atau kegenbiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa.Maha luas kurniaan Allah swt, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan.

Bukan semestinya seorang raja , presiden,perdana menteri dan menteri itu lebih bahagia perasaan dan jiwanya dari seorang guru yang tidak di pagari pengawal, tidak di kenali ramai melainkan anak didiknya yang masih mentah dan terpencil.Entah berapa ramai mereka yang berjawatan besar itu yang jauh lebih serabut perasaan dan jiwa mengenangkan masa depan kedudukan, pengikut dan nasibnya.

Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain.Mungkin meja makan orang besar itu hebat.layanannya istimewa, makanannya mahal, tempat tidurnya enak, kenderaannya mewah, sorak sorai untuk meriah tetapi kebahagiaan dan ketenangan jiwanya belum tentu muncul di celahan itu semua.Bahkan berapa ramai manusia dalam dunia ini yang Allah swt azabkan menerusi harta dan anak pinak mereka.Oleh itu janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak² mereka kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan harta dan anak² itu dalam kehidupan dunia.

Islam bukan memusihi harta ,tanpa harta bukan punca sebenar ketenangan jiwa...



Perkongsian dari sumber bacaan...

No comments:

Post a Comment