Sunday, February 20, 2011

Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai
    kamu.Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya
    yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu
    selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari
    ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari
    minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-
    nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara
   yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu
    adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim
    SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama
    kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah
    sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu
    itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan
    mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia
    menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak
    kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau
    lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan
    mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan
    kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia
      akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia
      bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu
      berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi
      semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat
      kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan
      kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana
      kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-
      harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar
      kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan
      jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh
      dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang
      kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon
      kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan
      mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang
      membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat
      kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar
      walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana
      dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau
      sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar
     INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-
     bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
     dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan
      menyedarinya dan  menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada
      menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa
      menunggu kamu.

 23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,
      walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan
      karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-
      benar mengerti apa itu cinta.

No comments:

Post a Comment