Sunday, November 27, 2011

Kek Coklat Lembab

Meh kita belajar buat kek pulak hari ni....tak kira la lelaki atau perempuan yang suka makan kek tu jangan tahu nak makan je,kalau nak buat bukannya susah sangat....:)..lets try...





Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
Topping
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Tadaa...dh siap...bleh la makan....

No comments:

Post a Comment